Pages

Nuffnang

Sunday, September 19, 2010

Sejarah Awal Bola Sepak

Sejarah tentang permainan atau sukan yang digemari ini telah berlangsung di dunia lebih dari 100 tahun lalu. Semuanya bermula pada tahun 1863 di England, ketika rugby dan bola sepak bercabang dalam sukan yang berbeza seterusnya membentuk Persatuan Bola sepak di England dan merupakan petubuhan sukan yang pertama di dunia.
Bukti saintifik mendapati bahawa senaman seni mengawal bola telah dipraktikkan oleh tentera China pada kurun ke 2 dan ke 3 S.M

Sewaktu zaman Dinasti Han , bola sepak dibei nama Tsu'Chu yang diperbuat daripada kulit haiwan yang diisi dengan bulu pelepah dan rerambut.Bola ini hanya bersaiz 30-40cm lebar. Menurut sumber kajian , permainan ini dimainkan dengan hanya menggunakan kaki , kepala , punggung dan bahu bagi menahan serangan pihak lawan. Manakala penggunaan tangan tidak dibenarkan.

Di Jepun pula , sekitar 500-600 tahun selepas kewujudan Tsu Chu , terdapat permainan bola yang dipermainkan sehingga ke hari ini. Pemain dalam permainan ini perlu berdiri dalam lingkaran bulat dan menghantar kepada pemain yang lain tanpa menjatuhkan bola ke tanah (lebih kurang macam sepak takraw bulatan la..)

Terdapat juga bukti kukuh mengatakan bahawa sewaktu empayar Greek , terdapat permainan bola yang jauh lebih kecil dari sekarang yang dimainkan oleh dua kumpulan di atas padang berbentuk tiga segi. Padang ini ditandai dengan garis batas dan garis tengah.Cara permainan ini ialah dengan merebut bola yang berada di garis batas bertentangan dan menghantar kepemain lain. Permainan ini bertahan sehingga 700-800 tahun selepas itu dan dibawa ke Britain tetapi permainan ini tidak digemari.
http://www.fifa.com/classicfootball/history/game/historygame1.html