Pages

Nuffnang

Sunday, October 17, 2010

Sejarah Bola Sepak Moden

Mungkin ramai yang tertanya-tanya sejarah permulaan bola sepak, kelab yang terawal di tubuhkan dan macam2 lagi la..jadi mungkin post yang tak seberapa ni boleh menjawab persoalan dan misteri2 tersebut

Seperti yang kita tahu,British merupakan tanah kelahiran sukan bola sepak , dan Sheffield FC merupakan kelab pertama ditubuhkan iaitu pada 1857.
Perlawanan rasmi antarabangsa yang pertama ialah pada 1872 diantara England dan Scotland.Perlawanan tamat tanpa jaringan gol.
Kemudiannya bola sepak berkembang dan tersebar luas ke seluruh pelusuk eropah pada akhir abad ke 19. Banyak diantara kelab-kelab terbaik hari ini lahir pada hujung abad ke 19 dan awal abad ke 20 anataranya :

Manchester United pada tahun 1878 (sebelum ini dikenali sebagai Newton Heath L&YR FC)
Arsenal
FC pada tahun 1886
Liverpool FC pada tahun 1892
Juventus FC pada tahun 1897
FC Barcelona & AC Milan pada tahun 1899
FC Bayern Munich pada tahun 1900
Chelsea FC pada tahun 1905
FC Internazionale pada tahun 1908

Sejarah lanjut tentang bola sepak


Satu l
angkah besar ke hadapan untuk bola sepak adalah dengan terbentuknya Persekutuan Bola sepak Dunia (International Football Federation) atau FIFA di Paris pada 21 Mei 1904. Pada tahun 1930 FIFA World Cup yang pertama telah diadakan di Uruguay dan pasukan tuan rumah menjadi johan setelah mengalahkan pasukan Argentina 4-2 , seterusnya WC menjadi tradisi dan diadakan setiap 4 tahun sekali. Baca lebih lanjut




Bagi memantapkan lagi mutu bola sepak Eropah , persatuan Bolasepak Eropah atau UEFA ditubuhkan pada 1954 di Basel ,Switzerland dan pada tahun yang berikutnya UEFA mengadakan perlawanan bola sepak antara kelab yang paling berprestij iaitu The Champions Cup (pada 1992 ia ditukar nama kepada Champions League). Kelab yang menjuarai pertandingan tersebut ialah Real Madrid yang telah menjuarai 9 kali UEFA Champions League pada waktu ini. UEFA champions league winners