Pages

Nuffnang

Friday, December 31, 2010

10 Pemain Menerima Bayaran Tertinggi

Sape cakap main bola tak bole kaya??kalau jadi pemain bola yang lekeh2 mmg la tak kaya2...tpi kalo jdi pemain professional mcm diorang ni...bina 10 bijik stadium sendiri pun bole..wahhaha..


Samuel Eto'o (Internazionale/Cameroon) €13.8m = RM56.6juta
Eto'o "yg kacak" trsenarai dlm carta ni sebagai pemain dari benua Afrika yg menerima bayaran tertinggi. PUMA juga selalu ambil Eto'o sebagai model produk diorang.


Frank Lampard (Chelsea/England) €14.2m = RM58.2juta
Pemain yg agak berumur ni lebih dikenali sebagai Frank ‘Super Goals’ Lampard di negaranya. Lepas je dari skandal seks John Terry , Lampard dilihat sebagai ikon kpd pasukan Chelsea. Selain tu Lampard juga menandatangani perjanjian dengan EA Sports.(gambar depan kulit CD FIFA 10) dan meneruskan kontrak dgn Chelsea dan Adidas.


Zlatan Ibrahimovic (AC Milan/Sweden) €14.4 = RM59.8
Pemain yg bertubuh besar dan mempunyai ego yang besar ni akhirnya berhijrah semula ke Liga Itali. Ibrahimovic berhijrah ke Milan secara pinjaman sebanyak €24 juta (bkn dijual ye..). Dan terima kasih kepada Nike kerana setia menjadikan Ibra sebagai model kasut boot Mercurial Vapor untuk beberapa season.


Carlos Tevez (Man.City/Argentina) €15.4 = RM63.9juta
Pemain yang bernombor 32 ni merupakan salah satu bintang yg menyinar di Man.City dan diberi kepercayaan menjadi ketua pasukan (walaupon ada hajat nak berpindah kelab..). Sementara tu Nike menjadikan Tevez sebagai duta utama diorang untuk kasut boot Tiempo Legend.


Ronaldinho (AC Milan/Brazil) €17.2m = RM69.8juta
Pernah menjadi pemain yang mendapat bayaran trtinggi pada tahun 2008 akhirnya menurun ketangga ke 6 setelah berpindah ke AC Milan (menurut sumber,gaji Ronaldinho tak pernah2 naik semenjak tahun 2008..ksian beliau..). Khabar angin mengatakan beliau mungkin berhijrah pada season depan ke GrĂªmio FB Porto.


Thierry Henry (Barcelona/France) €18m = RM73.5juta
Penjaring terbanyak dlm sejarah untuk pasukan France ni akhirnya bersara daripada kejohanan antarabangsa (51 gol daripada 123 kemunculan). Henry juga menjadi duta dan model kepada pencukur bulu2, Gillette dan kasut boot Reebok. (sekarang ni Henry bermain untuk New York Red Bulls ntah berapa yang dia terima..)


Kaka (Real Madrid/Brazil) €18.8m = RM76.8juta
Kaka pernah menjadi bidaan Man.City dgn menawarkan gaji €500,000 seminggu(sebulan 2 juta euro?!!..)-malangnya beliau memilih untuk kekal di Real Madrid. Kaka yang mempunyai wajah yang agak hensem ini juga telah menandatangi perjanjian modelling untuk Armani dan menjadi duta kepada kasut boot adidas,adiPure III.


Cristiano Ronaldo (Real Madrid/Portugal) €30m = RM1
22.6juta
Memegang rekod sebagai pemain termahal dunia tak menjadikan Ronaldo sebagai penerima bayaran termahal (Real Madrid beli dengan harga €93.5m dari Man.U..dekat2 1 Billion dah tu..) Selain tu Ronaldo juga menandatangani kontrak sebagai model dan jurucakap kepada produk Pepe Jeans & Emporio Armani dan menjadi ikon kepada jenama Nike dalam mempromosikan kasut boot Mercurial Vapor mereka.(Ronaldo juga ditawarkan brlakon kerana gemar brlakon di atas padang.hahaha..)


David Beckham (LA Galaxy, Eng) €30.4m = RM124.3juta
Beckham terus mengekalkan statusnya sebagai ikon bolasepak dan seorang pemain yang berharga. Dia juga merupakan aset terpenting Adidas dalam mempromosi barangan diorang dan Adidas juga memberi subsidi kepada David Beckham soccer academy dan jenama haruman David Beckham.(dasyat tu..).Malangnya , tak lama lagi Pepsi akan menamatkan kontrak dengan beliau. (mungkin lepas ni Coca Cola pula yang ambil dia kot..tak pun Kicap Cap Tamin ke..)


Lionel Messi (Barcelona, Argentina) €33m = RM134.9juta
Wow!! unbelievable!!..hahaha...pemain dari Argentina ni baru brumur 23 thn dan merupakan pemain yang terkaya dan antara yg trhebat di Dunia ni..dasyat2..Barcelona membayar gaji pokok pemain yg lincah ni sebanyak €10m dan €4m sbagai bonus. Messi jga mndapat sponsor dari byk jenama2 yg gempak seperti Gatorade ,Konami(PES, feveret game aku ni),Gillette,ESPN,Pepsi,biskut Danone,minyak enjin Repsol,Mirage dan mcm2 lgi la..hebat2..


P/S: Pemain Malaysia cmne plak??agak2 brape gaji diorang ye??

Wednesday, December 15, 2010

Calon Akhir Penerima Ballon d'Or 2010

Tiga pemain Barcelona iaitu Andres Iniesta, Xavi, dan Lionel Messi secara rasminya diumumkan sebagai calon pemain terbaik bagi anugerah Ballon d’Or 2010. Iniesta dan Xavi bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia Afrika Selatan 2010. Sementara Messi pula bermain untuk Argentina pada Piala Dunia lalu.

Pemenang Ballon d’Or akan diumumkan pada 10 Januari 2011 nanti.Tiga pemain Barcelona iaitu Andres Iniesta, Xavi, dan Lionel Messi secara rasminya diumumkan sebagai calon pemain terbaik bagi anugerah Ballon d’Or 2010. Iniesta dan Xavi bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia Afrika Selatan 2010. Sementara Messi pula bermain untuk Argentina pada Piala Dunia lalu.

Pemenang Ballon d’Or akan diumumkan pada 10 Januari 2011 nanti. Tahun lalu, trofi pemain terbaik dunia dimenangi oleh Lionel Messi. Dia membantu Barcelona meraih juara Liga Spanyol dan seterusnya menjadikan The Catalanmendapat tempat dalam Liga Juara-Juara. Dia mengalahkan pesaing utamanya yang kini bermain untuk Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Badan bolasepak dunia atau FIFA mengumumkan 23 pemain sebagai calon pemain terbaik dunia pada 26 Oktober lalu. Tujuh dari 23 orang itu adalah daripada pemain kebangsaan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Penghargaan itu adalah sebuah kombinasi penghargaan pemain terbaik dunia dan trofi Bolasepak Prancis, Ballon d’Or yang sebelum ini merupakan anugerah yang berbeza sehinggalah disatukan pada tahun ini

Menurut sebuah akhbar sukan Itali, Gazzetta Dello Sport , melaporkan bahwa penghargaan itu berkemungkinan besar dimenangi oleh Iniesta yang mencetak gol kemenangan Sepanyol keatas Belanda di final Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Sebelum ini Wesley Sneijder dikatakan bakal memenangi anugerah itu. Tetapi dia gagal masuk dalam calon penerima pemain terbaik. Tahun lalu, trofi pemain terbaik dunia dimenangi oleh Lionel Messi. Dia membantu Barcelona meraih juara Liga Spanyol dan seterusnya menjadikan The Catalanmendapat tempat dalam Liga Juara-Juara. Dia mengalahkan pesaing utamanya yang kini bermain untuk Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Badan bolasepak dunia atau FIFA mengumumkan 23 pemain sebagai calon pemain terbaik dunia pada 26 Oktober lalu. Tujuh dari 23 orang itu adalah daripada pemain kebangsaan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Penghargaan itu adalah sebuah kombinasi penghargaan pemain terbaik dunia dan trofi Bolasepak Prancis, Ballon d’Or yang sebelum ini merupakan anugerah yang berbeza sehinggalah disatukan pada tahun ini

Menurut sebuah akhbar sukan Itali, Gazzetta Dello Sport , melaporkan bahwa penghargaan itu berkemungkinan besar dimenangi oleh Iniesta yang mencetak gol kemenangan Sepanyol keatas Belanda di final Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Sebelum ini Wesley Sneijder dikatakan bakal memenangi anugerah itu. Tetapi dia gagal masuk dalam calon penerima pemain terbaik.

Senarai Calon PemainTerbaik Dunia atau FIFA Balloon d'OR

ZURICH: Senarai calon pemenang pertama Ballon d'Or FIFA diumumkan, dengan tujuh pemain yang menganggotai skuad juara Piala Dunia Sepanyol adalah antara 23 pemain yang disenaraipendekkan.

Lionel Messi adalah satu-satunya pemain Argentina dalam senarai itu, termasuk bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, penyerang Uruguay, Diego Forlan dan trio Brazil, Daniel Alves, Julio Cesar and Maicon.
Xavi, David Villa, Xabi Alonso, Iker Casillas, Carles Puyol, Andres Iniesta dan Cesc Fabregas adalah antara pemain Sepanyol yang termasuk dalam senarai yang dikeluarkan semalam. Dua anugerah bola sepak tahunan berprestij digabungkan menjadi satu yang dipanggil Anugerah FIFA Ballon d’Or, yang diperkenalkan buat pertama kali Januari depan.

Selepas undian awal, senarai nama pemain akan dipendekkan sebanyak tiga kali hingga Disember ini.- Berita Harian.Senarai Pemain Lain

Thursday, December 9, 2010

Fakta Menarik 2

1.Pasukan Eropah sentiasa layak ke pusingan akhir World Cup kecuali pada tahun 1930 dan 1950.



2.Pada tahun 1950 , pasukan India menarik diri dari World Cup di Brazil kerana FIFA tidak membenarkan pemainnya bermain dengan berkaki ayam.



3.Pada tahun 1954 , Turki mengalahkan Sepanyol dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dengan mempetaruhkan straw dimana seorang kanak-kanak buta dari Itali , Luigi Franco Gemma 14, yang juga merupakan anak kepada seorang pekerja stadium menjadi pengadil dengan memilih salah satu daripada straw tersebut.



4.Terdapat satu perlawanan di White Hart Lane pada tahun 1945 diantara Arsenal dengan Dynamo Moscow. Ketika perlawanan itu berlangsung , secara tiba-tiba kabus muncul dan menutupi seluruh padang. Pengadil pada waktu itu enggan membatalkan perlawan kerana pasukan pihak lawan datang dari jauh(Moscow). Pada waktu itulah perlawanan menjadi kelam-kabut apabila pemain Arsenal yang dibuang padang m
asuk semula ke padang dan pasukan Dynamo Moscow bertambah dari 11 pemain ke 15 pemain tanpa dikesan oleh pengadil. Perlawanan antara ke 2 dua pasukan itu terus menggila apabila seorang pemain Arsenal menjaringkan gol dan berlari ke arah gol sehingga terhantuk tiang gol dan pengsan. Selepas itu padang terus dipenuhi dengan penonton.




5.Pada tahun 1996 ,George Weah (pernah bermain untuk AC Milan dari tahun 1995-2000) menaja pakaian dan wang keperluan lain untuk pasukan negaranya , Liberia bagi membolehkan mereka menyertai Piala Negara-negara Afrika.




6.Diego Maradona hanya berumur 16 tahun semasa menyertai Pasukan Kebangsaan Argentina semasa menentang Hungary ketika World Cup 1978.




7.Pada tahun 1998, seorang pengadil di England ,Martin Sylvester mengenakan kad merah untuk dirinya sendiri selepas menumbuk seorang pemain ketika perlawanan diantara Andover dan District Sunday League.




8.Luigi Riva,bekas pemain Itali tahun 1944, pernah menyebabkan seorang penonton patah tangan selepas terkena bola yang dirembat kencang oleh beliau.

Wednesday, December 8, 2010

Fakta Menarik Bola Sepak

Perlawanan pertama ditayangkan di televisyen ialah perlawanan latihan Arsenal di padang Highbury pada tahun 1937.


Jumlah penonton terbanyak di catatkan di stadium ialah 199,854 orang sewaktu Brazil vs Uruguay ketika Piala Dunia di Stadium Maracana , Rio de Janeiro pad July 1950.



Gol terbanyak yang pernah dijaringkan pada satu perlawanan ialah 16 gol - dijaringkan oleh Stephen Stanis(France) yang bermain untuk Racing Club de Lens pada bulan disember 1942.


Sebelum ini , Ricardo Olivera (Uruguay) merupakan salah seorang penjaring gol tercepat iaitu 2.8 saat pada Disember 1998 dan memegang rekod dunia. Walaubagaimanapun rekod beliau dipintas oleh Marc Burrow semasa bermain untuk Eastleigh pada 2004 dengan catatan masa hanya 2.0 saat. Bukti juga menunjukkan bahawa Nawaf Al Abed yang bermain untuk Al-Hilal Arab Saudi turut menjaringkan gol seawal 2.0 saat.Video


Alex Ferguson pernah dipecat dari St.Mirren pada tahun 1978 kerana memaki hamun seorang wanita.


Kemenangan terbesar pernah dicatatkan dalam World Cup ialah 9-0 semasa Yugoslavia menentang Zaire.


Arthur Wharton seorang penjaga gol merupakan pemain bola sepak professioanal kulit hitam pertama yang diketahui bermain dalam Liga Inggeris untuk pasukan Rotherham United pada tahun 1889. Beliau berasal dari Ghana.


Pada tahun 1957 , Charlton Athletic berjaya menewaskan Huddersfield Town dengan 7-6 apabila masa berbaki 30 minit sebelum tamat. Sebelum itu mereka ketinggalan 5-1 kepada Huddersfiel Town.


Mexico merupakan satu-satunya tuan rumah yang menganjurkan FIFA World Cup sebanyak 2 kali.

Sunday, October 17, 2010

Sejarah Bola Sepak Moden

Mungkin ramai yang tertanya-tanya sejarah permulaan bola sepak, kelab yang terawal di tubuhkan dan macam2 lagi la..jadi mungkin post yang tak seberapa ni boleh menjawab persoalan dan misteri2 tersebut

Seperti yang kita tahu,British merupakan tanah kelahiran sukan bola sepak , dan Sheffield FC merupakan kelab pertama ditubuhkan iaitu pada 1857.
Perlawanan rasmi antarabangsa yang pertama ialah pada 1872 diantara England dan Scotland.Perlawanan tamat tanpa jaringan gol.
Kemudiannya bola sepak berkembang dan tersebar luas ke seluruh pelusuk eropah pada akhir abad ke 19. Banyak diantara kelab-kelab terbaik hari ini lahir pada hujung abad ke 19 dan awal abad ke 20 anataranya :

Manchester United pada tahun 1878 (sebelum ini dikenali sebagai Newton Heath L&YR FC)
Arsenal
FC pada tahun 1886
Liverpool FC pada tahun 1892
Juventus FC pada tahun 1897
FC Barcelona & AC Milan pada tahun 1899
FC Bayern Munich pada tahun 1900
Chelsea FC pada tahun 1905
FC Internazionale pada tahun 1908

Sejarah lanjut tentang bola sepak


Satu l
angkah besar ke hadapan untuk bola sepak adalah dengan terbentuknya Persekutuan Bola sepak Dunia (International Football Federation) atau FIFA di Paris pada 21 Mei 1904. Pada tahun 1930 FIFA World Cup yang pertama telah diadakan di Uruguay dan pasukan tuan rumah menjadi johan setelah mengalahkan pasukan Argentina 4-2 , seterusnya WC menjadi tradisi dan diadakan setiap 4 tahun sekali. Baca lebih lanjut




Bagi memantapkan lagi mutu bola sepak Eropah , persatuan Bolasepak Eropah atau UEFA ditubuhkan pada 1954 di Basel ,Switzerland dan pada tahun yang berikutnya UEFA mengadakan perlawanan bola sepak antara kelab yang paling berprestij iaitu The Champions Cup (pada 1992 ia ditukar nama kepada Champions League). Kelab yang menjuarai pertandingan tersebut ialah Real Madrid yang telah menjuarai 9 kali UEFA Champions League pada waktu ini. UEFA champions league winners

Sunday, September 19, 2010

Sejarah Awal Bola Sepak

Sejarah tentang permainan atau sukan yang digemari ini telah berlangsung di dunia lebih dari 100 tahun lalu. Semuanya bermula pada tahun 1863 di England, ketika rugby dan bola sepak bercabang dalam sukan yang berbeza seterusnya membentuk Persatuan Bola sepak di England dan merupakan petubuhan sukan yang pertama di dunia.
Bukti saintifik mendapati bahawa senaman seni mengawal bola telah dipraktikkan oleh tentera China pada kurun ke 2 dan ke 3 S.M

Sewaktu zaman Dinasti Han , bola sepak dibei nama Tsu'Chu yang diperbuat daripada kulit haiwan yang diisi dengan bulu pelepah dan rerambut.Bola ini hanya bersaiz 30-40cm lebar. Menurut sumber kajian , permainan ini dimainkan dengan hanya menggunakan kaki , kepala , punggung dan bahu bagi menahan serangan pihak lawan. Manakala penggunaan tangan tidak dibenarkan.

Di Jepun pula , sekitar 500-600 tahun selepas kewujudan Tsu Chu , terdapat permainan bola yang dipermainkan sehingga ke hari ini. Pemain dalam permainan ini perlu berdiri dalam lingkaran bulat dan menghantar kepada pemain yang lain tanpa menjatuhkan bola ke tanah (lebih kurang macam sepak takraw bulatan la..)

Terdapat juga bukti kukuh mengatakan bahawa sewaktu empayar Greek , terdapat permainan bola yang jauh lebih kecil dari sekarang yang dimainkan oleh dua kumpulan di atas padang berbentuk tiga segi. Padang ini ditandai dengan garis batas dan garis tengah.Cara permainan ini ialah dengan merebut bola yang berada di garis batas bertentangan dan menghantar kepemain lain. Permainan ini bertahan sehingga 700-800 tahun selepas itu dan dibawa ke Britain tetapi permainan ini tidak digemari.
http://www.fifa.com/classicfootball/history/game/historygame1.html