1.Pasukan Eropah sentiasa layak ke pusingan akhir World Cup kecuali pada tahun 1930 dan 1950.
2.Pada tahun 1950 , pasukan India menarik diri dari World Cup di Brazil kerana FIFA tidak membenarkan pemainnya bermain dengan berkaki ayam.
3.Pada tahun 1954 , Turki mengalahkan Sepanyol dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dengan mempetaruhkan straw dimana seorang kanak-kanak buta dari Itali , Luigi Franco Gemma 14, yang juga merupakan anak kepada seorang pekerja stadium menjadi pengadil dengan memilih salah satu daripada straw tersebut.
4.Terdapat satu perlawanan di White Hart Lane pada tahun 1945 diantara Arsenal dengan Dynamo Moscow. Ketika perlawanan itu berlangsung , secara tiba-tiba kabus muncul dan menutupi seluruh padang. Pengadil pada waktu itu enggan membatalkan perlawan kerana pasukan pihak lawan datang dari jauh(Moscow). Pada waktu itulah perlawanan menjadi kelam-kabut apabila pemain Arsenal yang dibuang padang masuk semula ke padang dan pasukan Dynamo Moscow bertambah dari 11 pemain ke 15 pemain tanpa dikesan oleh pengadil. Perlawanan antara ke 2 dua pasukan itu terus menggila apabila seorang pemain Arsenal menjaringkan gol dan berlari ke arah gol sehingga terhantuk tiang gol dan pengsan. Selepas itu padang terus dipenuhi dengan penonton.
5.Pada tahun 1996 ,George Weah (pernah bermain untuk AC Milan dari tahun 1995-2000) menaja pakaian dan wang keperluan lain untuk pasukan negaranya , Liberia bagi membolehkan mereka menyertai Piala Negara-negara Afrika.
6.Diego Maradona hanya berumur 16 tahun semasa menyertai Pasukan Kebangsaan Argentina semasa menentang Hungary ketika World Cup 1978.
7.Pada tahun 1998, seorang pengadil di England ,Martin Sylvester mengenakan kad merah untuk dirinya sendiri selepas menumbuk seorang pemain ketika perlawanan diantara Andover dan District Sunday League.
8.Luigi Riva,bekas pemain Itali tahun 1944, pernah menyebabkan seorang penonton patah tangan selepas terkena bola yang dirembat kencang oleh beliau.
No comments:
Post a Comment